SEMPENA CUTI SEKOLAH JEMPUTAN PERKAHWINAN BANYAK DITERIMA. KEPADA YANG MELANGSUNGKAN HARI BAHAGIA, SELAMAT PENGANTIN BARU.
Ahad, 21 November 2010
Isnin, 8 November 2010
MAJLIS KUNJUNG HORMAT PENGETUA HS MUAR
Sempena persaraan Pn.Hjh.Latifah bte Hamdan ahli MPSM daerah Muar / Ledang mengadakan kunjung hormat terhadap beliau. Berikut adalah beberapa rakaman kenangan dalam majlis tersebut.
Sabtu, 30 Oktober 2010
IKWAS EXECUTIVE TALK
Encik Puniran bin Denan pengetua SMKBM telah dipilih untuk menyertai IKWAS Executive Talk di kalangan 38 Ketua-ketua Jabatan dan 300 peserta meliputi negeri Johor dan Melaka. Executive talk dengan tema " Inovasi Membentuk Organisasi Unggul " telah disampaikan oleh Encik Roslan Ghazali Ketua Pegawai Eksekutif Cardiff Enterprise. Beliau merupakan jurulatih berlesen dalam " Seven Habits of Highly Effective People " dan menjadi konsultan bagi TQM, Culture Change, Benchmarking, Learning Organisation & Implementation of Quality In Organisation. Berkelulusan di dalam bidang Elektrikal & Kejuruteraan Elektronik dari Cardiff Universiti, Sarjana (MBA) dari Wawick Business Scholl.
Rabu, 20 Oktober 2010
KONVOKESYEN UTM
Pada 28 September 2010 berlangsung majlis konvokesyen isteri tersayang Puan Ramlah binti Abdul Rahman. Penantian selama empat tahun mengikuti pengajian terasa amat lama. Kini kami boleh bergembira dengan pengurniaan segulung ijazah. Kenangan manis di UTM.
Selasa, 19 Oktober 2010
TAKLIMAT STANDARD GURU MALAYSIA
Pengetua dan Guru Besar serta Penolong Kanan dan Guru Data diberikan taklimat oleh Timbalan PPD berkaitan SGM. Semua guru dikehendaki mengisi borang kompetensi SGM. Taklimat juga dilanjutkan dengan menjelaskan perkara penilaian prestasi. Semoga kerja-kerja ini dapat disiapkan mengikut jadual.
Ahad, 17 Oktober 2010
CUACA BERJEREBU
Cuaca pada pagi ini di kawasan Muar amat panas. Pandangan terhad kerana cuaca berjerebu. Kepada yang menghidap selsema dan sakit tekak, harap dapat mengambil air kosong sebagai minuman dalam kuantiti yang lebih dari biasa. Semoga anda semua sehat sejahtera dan selesa menjalankan tugas.
Jarak penglihatan kurang 2 km pada jam 5 petang |
Jerebu agak teruk |
Pandangan terhad |
Jumaat, 15 Oktober 2010
MESYUARAT MPSM JOHOR
Mesyuarat MPSM Johor telah berlangsung dari 13 dan 14 Oktober 2010 di Hotel Selesa Johor Bahru. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ybhg. Tn.Hj.Sufa'at bin Tumin Pengarah Pelajaran Johor.
Isnin, 11 Oktober 2010
Jumaat, 8 Oktober 2010
KEM AKADEMIK
Hari ini Sabtu 9 Oktober 2010 di SMKBM maseh diteruskan kem akademik bagi calon SPM. Tujuan kem ini bagi membantu calon-calon SPM SMKBM bersedia menghadapi peperiksaan di hujung tahun ini. Tahniah kepada calon-calon yang hadir dan terima kaseh kepada guru-guru pembimbing. SMKBM Top 5
Khamis, 7 Oktober 2010
EDARAN KERTAS SOALAN AKHIR TAHUN
Terima kasih kepada semua sekolah dalam daerah Muar / Ledang yang telah memberikan kerjasama semasa edaran kertas soalan pentaksiran akhir tahun 2010. Terima kasih juga kepada guru-guru yang penuh tanggungjawab bekerja untuk menyiapkan bahan edaran dengan penuh amanah. Semoga peperiksaan akhir tahun ini dapat dijadikan ukuran dan seterusnya merancang pelan tindakan 2011.
Selamat Datang
Salam sejahtera
Kepada anda yang sudi mampir disesawang saya ini diucapkan terima kasih. Insyallah sesawang ini akan dikemaskinikan dari masa kemasa. Terima kasih
Kepada anda yang sudi mampir disesawang saya ini diucapkan terima kasih. Insyallah sesawang ini akan dikemaskinikan dari masa kemasa. Terima kasih
Langgan:
Catatan (Atom)